uhuk...uhuk...
batok la ckit sejak2 ni...hmmm..cuaca pns+ujan kdg2 kn...
ermmm...
waaaa..dah akhir bulan MAc 2011 dh ekk...
cepat jeee mse berlalu...pejam celik pejam celik dah hujung bulan (mujur celik..klw xcelik....) innalillah....
xde ape yg berlalu sbnrnye...hanya sekadar mahu membuat post terbaru..=)
hmmm...bln dpn dh bln 4 kn...esok je lagi bermula la bln april....
perasan x asalkan 1 APRIL..mesti antara kite kne aprill fool...ataupun bahasa ibundanye..
kebodohan april...cian bln april...apsal la kne bodoh...hehehehe....
ape yg sy @ K.A nk kongsi kat cni ialah kebodohan hari april fool 2 sendiri...
subnaallah..kenapalah tarikh 2 nk diperbodohkan...
kesiannye pd mereka yang lahir pada 1 april...maaf ye klw sesiapa yang tbaca ni...
APRIL FOOL....pd dasar nma pun kte dh tau iaitu melakukan pembohongan untuk berjenaka dengan teman-teman, atau mengambil peluang hari ini untuk mengenakan kenalan mereka atas tujuan keseronokan.Hari untuk memperbodohkan orang. Secara kita tidak sedar, bila kita memperbodohkan orang lain, kita juga sebenarnya sedang memperbodohkan diri kita di hadapan ALLAH SWT.
Sebenarnya, tradisi April Fool ini, adalah satu tradisi yang sama sekali tidak patut kita ikuti. Hal ini kerana, berbohong atas apa tujuan sekalipun adalah salah satu dari dosa-dosa besar.
Malah, Rasulullah SAW sendiri memberikan amaran kepada sesiapa yang berbohong dari kalangan ummat baginda,
Sabda Rasulullah SAW,
“ Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa, celakalah untuknya” Riwayat Abu Dawud.
Sabda Rasulullah SAW lagi, kali ini dari sudut menakut-nakutkan orang, atas tujuan berjenaka.
“ Adalah dilarang untuk seorang muslim, menakutkan seorang muslim yang lain” Abu Dawud dan Musnad Ahmad.
Malah di dalam Sahih Al-Bukhari, terdapat sabda Rasulullah SAW yang menyatakan akan siksaan untuk siapa yang berbohhong. Boleh rujuk di dalam Kitab Sahih Bukhari, Vol 8, no 118.
Justeru, saya berpesan kepada diri kita semua, untuk tidak terjebak dalam pembohongan, walau apa pun tujuan kita. Tidak kiralah kerana hendak meraikan Hari April Fool ini, mahupun berbohong pada hari-hari yang lain.
Golongan kedua pula, adalah golongan yang tidak menyambut Hari April Fool, tetapi menyebarkan pula cerita palsu berkenaan sejarah sebenar berkenaan bagaimana bermulanya Hari April Fool tersebut.
Kes ini, sama sahaja dengan kes cerita-cerita tidak benar berkenaan asal-usul Hari Valentine. Keadaan ini, yakni menyebarkan cerita tidak betul, untuk menakut-nakutkan, atau menghindarkan orang lain dari menyambut hari-hari kebesaran agama lain, adalah satu sikap yang tidak elok dan boleh menimbulkan imej buruk terhadap orang ISLAM sendiri.
Ternyata, kisah Hari April Fool disambut kerana meraikan kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol akibat penipuan orang kafir adalah tidak benar.
Rasulullah SAW pernah berpesan dalam sabda baginda,
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia menempah tempatnya dari neraka“ Riwayat Bukhari dan Muslim, dan hadith ini merupakan Hadith Mutawatir.
Marilah kita sama-sama muhasabah diri, dan bergerak atas arahan ILAHI, dan kita perbaiki diri dan pertingkatkan kualiti hati.
Insyaallah




